BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 15, 2010

.:: Solat Itu Tiang Agama ::.

Assalamualaikum w.b.t...

Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t diatas segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, disamping mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi larangannya.


Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat islam, tidak kira ianya miskin,kaya,hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya. Sabda rasulullah s.a.w:


"Ditegakkan islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan".


Daripada hadis yang dibacakan sebentar tadi jelas menunjukkan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu disamping menunaikan rukun islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.


Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam masjid-masjid dan surau-surau.Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan allah s.w.t. Begitu juga allah s.w.t mewajibkan keatas mereka supaya melakukan solat jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan diri kepada allah s.w.t, dapat juga mereka berkenal-kenalan diantara satu sama lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan allah s.w.t. Rasulullah s.a.w:


"Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh ganjaran 27 darjat".
Riwayat Al-Bahari


Kerana itulah Solat dikatakan tiang agama..sama juga seperti rumah,jika robohnya tiang rumah itu,maka roboh jugalah rumah itu..renungkanlah..
Sekian..

Friday, December 10, 2010

Memberi Salam & Bersalaman

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah bagi setiap permulaan.
Alhamdulillah bagi setiap kenikmatan.
Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi SAW bersabda.

>>  "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "
Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah WAJIB. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i.    Bersalaman antara sesama jenis (jantina)

Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan  dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah  dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii.    Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)

Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah HARAM, bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan.

iii.    Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya

Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

Saturday, December 4, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H....

 Assalamualaikum w.b.t..
Tarikh Awal Muharram (Maal Hijrah) 1432H jatuh pada  > 7 DISEMBER 2010 (Selasa)
Jadi, mesti semua dah pasang niat untuk berubah ke arah yang lebih baik,kan? Marilah sama-sama kita berazam untuk berhijrah/berubah ke arah yang lebih baik..Harap2 dipermudahkanNya dan jangan lupa kita sendiri berusaha untuk menjadi lebih baik dari tahun2 yang lalu..InsyaAllah..

Di sini saya sertakan doa awal tahun dan akhir tahun beserta maksudnya sekali.. rajin-rajinkan diri membacanya..

Perlu diingatkan.. >>

# Doa Awal Tahun. Dibaca selepas solat Maghrib.
# Doa Akhir Tahun. Dibaca pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


>>Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.InsyaAllah..


&

''~ SALAM MAAL HIJRAH 1432 ~''


Wednesday, December 1, 2010

Islam Merupakan Agama Yang Indah..

Islam merupakan agama yang indah..Islam adalah agama Allah yang diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejak zaman berzaman. Bermula dengan zaman Nabi Adam A.S. sehingga manusia zaman Nabi Muhammad (SAW) dilahirkan. Islam sahaja suatu cara hidup yang sempurna dan sepatutnya menjadi pegangan setiap manusia. Agar mereka selamat di dunia dan sejahtera di akhirat yang berkekalan. Kehidupan di dunia ini (dengan segala isinya) hanyalah semata-mata menjadi tanda kewujudan kehidupan di akhirat.