BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 10, 2010

Memberi Salam & Bersalaman

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah bagi setiap permulaan.
Alhamdulillah bagi setiap kenikmatan.
Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi SAW bersabda.

>>  "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "
Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah WAJIB. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i.    Bersalaman antara sesama jenis (jantina)

Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan  dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah  dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii.    Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)

Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah HARAM, bahawa Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan.

iii.    Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya

Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

0 comments: