BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.




Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,


Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.



Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"



Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..
~~~~~~


Thursday, February 24, 2011

Sombong Dan Takabbur...

Apakah maksud takabbur..?adakah kita memiliki sifat-sifat demikian..?
"Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain."
Ingatlah,,jika sedikitpun sifat Takabbur & Sombong dalam diri kita,jangan harap dapat masuk Syurga..
Nauzubillahi Min Zalik..

Tuesday, February 22, 2011

Tahu tak??

Tahu tak Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar ceramah kelakar!

Tahu tak nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki..
 
Tahu tak Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk..

Tahu tak nabi akan menziarahi musuhnya yang sakit, masak makanan dan suap kat mulut musuh mereka sehingga musuh menjadi kawan..

Tahu tak Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih ditanggan baginda..

Tahu tak apa makanan kegemaran Nabi?buah Barli dan labu..

Tahu tak nabi nak bakar rumah ,orang yang dengar azan, tapi sengaja solat di rumah..

Tahu tak jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah.., hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi..

tahu tak??tahu tak?..
renung2 kan ...dan selamat beramal..
^_^

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.




Sunday, February 13, 2011

Iman Mutiara...

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Saturday, February 12, 2011

Dimulakan Dengan Bismillah...

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada


Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka

Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita
Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita


Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah


Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahgia


Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah..


*dipetik drpd lagu Raihan... ^_^

Friday, February 11, 2011

Muhammad Habibullah..

Detik semakin hampir kepada saat Izrail melakukan tugasnya,maka perlahan-lahan roh baginda Rasulullah SAW ditarik.Ketika itu tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh,urat leher baginda menegang,seraya secara perlahan baginda merintih"Jibril,betapa sakitnya sakaratul maut ini".Fatimah puteri baginda terpejam,Saidina Ali yang berada di samping baginda tertunduk dan Jibril memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat Jibril "jijikkah engkau melihatku, sehinggakan engkau palingkan wajahmu Jibril?." 
"siapakah yang sanggup melihat kekasih Allahsedang berpisah dari rohnya" kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW merintih yang tidak tertahan lagi."Ya Allah,dahsyatnya maut ini,timpakan sahaja siksa maut ini kepadaku,JANGAN PADA UMATKU."

Kita dapat lihat disini,betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya..adakah kita menyayangi baginda..?renung2 kan...tepuk dada tanya iman..
Marilah kita Berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

*dipetik drpd khutbah jumaat tadi..^_^

Wednesday, February 9, 2011

Bace nih,,Penting.....!

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya..InsyaAllah..

Taqwa Adalah Akhlak Mukmin..

Tahukah saudara-saudariku sekalian…? Ketaqwaan adalah simbol atau lambang muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam al-Quran dan hadis, sifat taqwa seringkali dikaitkan sebagai sifat kejayaan  dan kebahagiaan manusia di  akhirat.

Doa Malaikat untuk hambaNya yang soleh..

1. Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”. (Riwayat Ibnu Hibban ) 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah SAW [...]

>>

Beruntungnya penghuni-penghuni syurga…Sesungguhnya orang-orang yang berada di syurga itu menikmati makan dan minum apa saja yang diinginkan. Ini berdasarkan firman Allah Taala yang maksudnya :


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”
(Al-Mursalat : 41-43)

>>

Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman Allah bermaksud :

“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!, “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”, maka tinggalaah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”
(Al-Haqqah : 19-24)

Solat Akhir Waktu

nk tmb0h ilmu~

soalan:

mne yg lbih baik antara org yg solat sorang2 di awal waktu dgn org yg solat lewat b'jemaah bahkn dye bleh s0lat s0rang2 awl wktu??

jawapan: solat awl waktu...


sebab:

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea!!!
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…
Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga.


Jika sembahyang di awal waktu Tolnya free Sekatan tol tiada, Tiada jem
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah.

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita,Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita,Minta diberi laluan
Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La…Kena basuh lagi malaikat posmen kita, Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi…Terus dibaling amalan kita…Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai…Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…Bersedialah kita menerima pembalasannya kalau tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa…

Ish…
Tak berbaloikan kita buat amal
 Tapi tak sampai, Dahlah tu Tak de nilai, Kena azab lagi nanti

Ya Allah…Ampunkan kami…
Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan, Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi, Di hari akhirat kelak.