BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 24, 2011

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT..

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Tuesday, March 15, 2011

Pandangan

Orang kata,dari mata turun ke hati.Maknanya daripada melihat boleh melekat pada hati?Mata adalah organ yang penting untuk melihat.Tapi tahukah kita,tanpa kita sedari,mata boleh menjadi sumber terbesar dosa kepada seseorang individual?Contohnya,melihat aurat lelaki/perempuan pun,kita dah boleh mendapat dosa.Subhanallah.Dahsyat betul pancaindera kita yang ini ye.

Seperti firmanNya di dalam surah An-Nur ayat 30,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka."

Pandangan mata juga penting,kerana daripada memandang juga dapat membuka minda dan membuat kita berfikir.Tetapi itu bagus sekiranya memandang perkara yang positif.Namun,ketahuilah selain dari mata,organ yang paling penting adalah hati kerana hati adalah raja untuk setiap individu.Baiknya hati,baiklah kelakuan seseorang.Kotornya hati,negatiflah akhlak seseorang.

Terkadang pandangan mata selalu menipu.Pandangan hati itu yang lebih tepat.Sebab itu melihat hanya dengan mata boleh jadi kita tertipu kerana mungkin termakan dengan bisikan nafsu.

Pandangan hati itu hakiki sekiranya hati itu bersih.Hati orang yang bersih,pandangannya bisa menembusi hijab dan firasatnya juga tepat dengan kehendak Allah,pemilik sebenar hati.Namun,apabila hati itu dikotori dan dicemari,pandangannya bukan lagi kebenaran tetapi suatu pendustaan.

Oleh itu,amat penting bagi kita untuk memelihara hati ini supaya suci daripada dipenuhi debu-debu maksiat yang boleh membutakan pandangan hati.
Wallahu'alam...^_^

Wednesday, March 9, 2011

Renungan Buat Kita Semua..

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ..... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .. Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..... Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....