BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 15, 2011

Pandangan

Orang kata,dari mata turun ke hati.Maknanya daripada melihat boleh melekat pada hati?Mata adalah organ yang penting untuk melihat.Tapi tahukah kita,tanpa kita sedari,mata boleh menjadi sumber terbesar dosa kepada seseorang individual?Contohnya,melihat aurat lelaki/perempuan pun,kita dah boleh mendapat dosa.Subhanallah.Dahsyat betul pancaindera kita yang ini ye.

Seperti firmanNya di dalam surah An-Nur ayat 30,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka."

Pandangan mata juga penting,kerana daripada memandang juga dapat membuka minda dan membuat kita berfikir.Tetapi itu bagus sekiranya memandang perkara yang positif.Namun,ketahuilah selain dari mata,organ yang paling penting adalah hati kerana hati adalah raja untuk setiap individu.Baiknya hati,baiklah kelakuan seseorang.Kotornya hati,negatiflah akhlak seseorang.

Terkadang pandangan mata selalu menipu.Pandangan hati itu yang lebih tepat.Sebab itu melihat hanya dengan mata boleh jadi kita tertipu kerana mungkin termakan dengan bisikan nafsu.

Pandangan hati itu hakiki sekiranya hati itu bersih.Hati orang yang bersih,pandangannya bisa menembusi hijab dan firasatnya juga tepat dengan kehendak Allah,pemilik sebenar hati.Namun,apabila hati itu dikotori dan dicemari,pandangannya bukan lagi kebenaran tetapi suatu pendustaan.

Oleh itu,amat penting bagi kita untuk memelihara hati ini supaya suci daripada dipenuhi debu-debu maksiat yang boleh membutakan pandangan hati.
Wallahu'alam...^_^

0 comments: