BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 28, 2011

.: Ilmu Asas Kejayaan :.

Apakah itu ilmu?ilmu merupakan asas untuk kita mencapai kejayaan.Kita hendaklah mencari ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu tidak akan habis walaupun kita sudah tiada di bumi ini.Mungkin kita merasakan kita sudah mempelajari banyak ilmu,tetapi TIDAK! Ilmu jika diumpamakan seperti air laut yang luas,ianya tidak akan habis ,malah,jika mempelajarinya,Ilmu itu semakin bertambah.Ilmu inilah yang akan memberi manfaat kepada kita samaada di Dunia mahupun di Akhirat sana.


-->Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." Al Kahfi 109


Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu,Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat.


Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al Mujaadillah 11)

Antara Tempat2 untuk kita mencari ilmu:Sekolah,Perpustakaan:



" Carilah ilmu seperti kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah seperti kamu akan mati pada esok hari ".

Thursday, March 24, 2011

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT..

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Tuesday, March 15, 2011

Pandangan

Orang kata,dari mata turun ke hati.Maknanya daripada melihat boleh melekat pada hati?Mata adalah organ yang penting untuk melihat.Tapi tahukah kita,tanpa kita sedari,mata boleh menjadi sumber terbesar dosa kepada seseorang individual?Contohnya,melihat aurat lelaki/perempuan pun,kita dah boleh mendapat dosa.Subhanallah.Dahsyat betul pancaindera kita yang ini ye.

Seperti firmanNya di dalam surah An-Nur ayat 30,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka."

Pandangan mata juga penting,kerana daripada memandang juga dapat membuka minda dan membuat kita berfikir.Tetapi itu bagus sekiranya memandang perkara yang positif.Namun,ketahuilah selain dari mata,organ yang paling penting adalah hati kerana hati adalah raja untuk setiap individu.Baiknya hati,baiklah kelakuan seseorang.Kotornya hati,negatiflah akhlak seseorang.

Terkadang pandangan mata selalu menipu.Pandangan hati itu yang lebih tepat.Sebab itu melihat hanya dengan mata boleh jadi kita tertipu kerana mungkin termakan dengan bisikan nafsu.

Pandangan hati itu hakiki sekiranya hati itu bersih.Hati orang yang bersih,pandangannya bisa menembusi hijab dan firasatnya juga tepat dengan kehendak Allah,pemilik sebenar hati.Namun,apabila hati itu dikotori dan dicemari,pandangannya bukan lagi kebenaran tetapi suatu pendustaan.

Oleh itu,amat penting bagi kita untuk memelihara hati ini supaya suci daripada dipenuhi debu-debu maksiat yang boleh membutakan pandangan hati.
Wallahu'alam...^_^

Wednesday, March 9, 2011

Renungan Buat Kita Semua..

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ..... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .. Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah...awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..... Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Friday, February 25, 2011

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.




Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,


Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.



Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"



Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..
~~~~~~


Thursday, February 24, 2011

Sombong Dan Takabbur...

Apakah maksud takabbur..?adakah kita memiliki sifat-sifat demikian..?
"Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain."
Ingatlah,,jika sedikitpun sifat Takabbur & Sombong dalam diri kita,jangan harap dapat masuk Syurga..
Nauzubillahi Min Zalik..

Tuesday, February 22, 2011

Tahu tak??

Tahu tak Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar ceramah kelakar!

Tahu tak nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki..
 
Tahu tak Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk..

Tahu tak nabi akan menziarahi musuhnya yang sakit, masak makanan dan suap kat mulut musuh mereka sehingga musuh menjadi kawan..

Tahu tak Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih ditanggan baginda..

Tahu tak apa makanan kegemaran Nabi?buah Barli dan labu..

Tahu tak nabi nak bakar rumah ,orang yang dengar azan, tapi sengaja solat di rumah..

Tahu tak jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah.., hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi..

tahu tak??tahu tak?..
renung2 kan ...dan selamat beramal..
^_^