BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

PEMBUNUH YANG BERTAUBAT..

Hadis Bukhari dan Muslim ,dari Abu Sa'id bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a.bahawa Nabi bersabda:
Sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang .Kemudian dia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim.Maka ditunjukan kepada seorang rahib.

Dia pun pergi berjumpa pendeta tersebut dan menceritakan yang dia telah membunuh 99 orang .Dia bertanya apakah dia boleh bertaubat..?? Pendeta itu itu jawab ,"tidak" . Maka pendeta itupun dibunuh;sehingga genaplah jumlah orang orang yang dibunuhnya menjadi seratus orang.

Kemudian dia terus bertanya di mana dia boleh bertemu seseorang yang paling alim di atas muka bumi ini. Dia pun ditunjukkan pula kepada seorang lelaki alim .Ketika menghadap orang alim itu ,dia bercerita bahawa dia telah membunuh seramai seratus orang. dia bertanya,"bolehkah aku bertaubat.??"

Orang itu menjawab ,Ya,siapakah yang boleh menghalangi orang yang ingin bertaubat ?Pergilah kamu ke kota ini (sambil menunjukkan ciri-ciri kota yang dimaksudkan),kerana di sana terdapat orang yang menyembah Allah taala .Beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka,dan jangan kamu kembali ke kotamu,kerana kotamu merupakan daerah yang jelek!"

Lelaki itupun berangkat menuju ke kota yang dimaksudkan . Ketika menempuh separuh jalan,maut menhampirinya.

Kemudian terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab -siapakah yang lebih berhak membawa ruhnya? Malaikat Rahmat beralasan bahawa orang ini datang dalam keadaan taubat,lagi pula menghadapkan hatinya kepada Allah.Sedangkan Malaikat Azab beralasan bahawa orang ini tidak pernah melakukan amal baik.

Kemudian Allah mengutuskan malaikat yang menyerupai manusia mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu berkata,"Ukurlah jarak dari tempat dia meninggal ke kota asalnya dan ke kota yang ditujuinya Mana yang lebih dekat maka itulah baginya."

Para malaikat itupun mengukur ,lalu mereka mendapati bahawa ketika meninggal si pembunuh itu lebih dekat dengan ke kota yang ditujuinya .Maka Mlaikat Rahmatah yang berhak membawa ruh orang tersebut.

0 comments: